Panduan Penjagaan Selepas Rawatan Pesakit
Pilih rawatan anda di bawah untuk arahan pemulihan yang mudah diikuti
Pencabutan Gigi Bongsu
24 Jam Pertama
- Gigit kain kasa selama 30-45 minit untuk menghentikan pendarahan
- JANGAN berkumur, meludah atau menggunakan straw (boleh menyebabkan dry socket)
- Kompres ais pada pipi, 15 minit buka/tutup untuk mengurangkan bengkak
- Elakkan berus gigi berhampiran kawasan cabutan buat 24 jam pertama
Dari Hari Ke-2
- Berkumur air garam selepas makan
- Makan makanan lembut sahaja
- Elakkan makanan panas, pedas, keras atau rangup
- Jangan merokok/minum alkohol
Ubat-ubatan
- Ambil ubat sakit yang ditetapkan sebelum kesan bius tempatan hilang
- Ambil semua ubat mengikut arahan
Pendakap Gigi
Beberapa Hari Pertama
- Rasa sakit dan tidak selesa adalah normal semasa gigi anda menyesuaikan diri — ini biasanya reda dalam masa 3-5 hari
- Makan makanan lembut sahaja (bubur, sup, kentang lecek, congee) buat beberapa hari pertama
- Berkumur dengan air garam suam jika gusi anda terasa meradang
Penjagaan Harian
- Berus gigi selepas setiap kali makan, terutamanya di sekitar braket dan dawai di mana makanan mudah terperangkap
- Gunakan ubat kumur berfluorida untuk membantu melindungi daripada gigi berlubang semasa memakai pendakap gigi
Makanan Yang Perlu Dielakkan
- Makanan keras
- Makanan melekit
- Makanan rangup
- Makanan liat
Jika Sesuatu Terasa Tidak Kena
- Dawai atau braket longgar yang mencucuk pipi anda: tutup dengan lilin ortodontik sehingga temujanji seterusnya
- Dawai terasa terlalu panjang atau menyebabkan kesakitan: sila hubungi kami
- Rasa sakit selepas pelarasan: ubat tahan sakit ringan (seperti Panadol) biasanya mencukupi
Hubungi Kami Jika
- Braket atau band tertanggal sepenuhnya
- Anda mengalami kesakitan yang teruk dan berterusan
- Dawai menyebabkan kecederaan yang ketara pada pipi atau gusi yang tidak dapat diselesaikan dengan lilin
Invisalign
Cara Memakai Aligner Anda
- Pakai aligner sekurang-kurangnya 20-22 jam sehari untuk hasil terbaik — tanggalkan hanya semasa makan, minum, atau menggosok/membersihkan gigi
- Tukar ke set aligner seterusnya mengikut arahan doktor gigi anda
- Sedikit tekanan atau rasa tidak selesa apabila mula memakai aligner baharu adalah perkara biasa — biasanya reda dalam 1-2 hari
Makan & Minum
- Sentiasa tanggalkan aligner sebelum makan atau minum apa-apa selain air kosong
- Elakkan membilas aligner dengan air panas kerana haba boleh menyebabkan plastik berubah bentuk
Membersihkan Aligner Anda
- Bilas aligner setiap kali anda menanggalkannya
- Berus dengan berlembut menggunakan berus gigi berbulu lembut (jangan guna ubat gigi kerana boleh mencalarkan plastik dan menyebabkan kotor/berubah warna)
- Rendam dalam larutan pencuci aligner secara berkala
- Jangan sesekali rendam dalam air panas atau biarkan terdedah kepada cahaya matahari
Menyimpan Aligner Anda
- Sentiasa simpan aligner dalam bekasnya apabila tidak dipakai — elakkan membalut dengan tisu kerana ia mudah tertersilap buang
- Jauhkan bekas daripada haiwan peliharaan dan kanak-kanak kecil
Hubungi Kami Jika
- Aligner retak atau pecah
- Anda kehilangan aligner dan tiada gantian
- Anda mengalami kesakitan berterusan, bukan sekadar tekanan ringan
- Aligner tidak lagi muat dengan betul atau terasa longgar
Rawatan Saluran Akar
24-48 Jam Pertama
- Rasa sakit atau sensitif di sekitar gigi yang dirawat adalah perkara biasa — terutamanya semasa menggigit. Ini biasanya reda dalam beberapa hari
- Elakkan mengunyah menggunakan gigi yang dirawat sehingga tampalan kekal atau mahkota gigi dipasang
- Gusi berhampiran kawasan yang dirawat mungkin sedikit bengkak — ini sepatutnya beransur baik dalam sehari dua
Makan & Minum
- Kunyah di bahagian sebelah yang tidak dirawat dan makan makanan lembut sehingga kebas hilang sepenuhnya, bagi mengelakkan tergigit pipi atau lidah secara tidak sengaja
- Elakkan makanan/minuman yang terlalu panas atau sejuk pada hari pertama atau kedua jika gigi terasa sensitif
- Elakkan makanan keras atau melekit pada gigi yang dirawat sehingga mahkota atau tampalan kekal selesai dipasang
Penjagaan Harian
- Berus dan bersihkan gigi seperti biasa, tetapi berlembutlah di sekitar gigi yang dirawat
- Ambil ubat tahan sakit yang ditetapkan (contohnya Panadol) jika perlu
- Habiskan sepenuhnya antibiotik yang diberikan, walaupun gejala sudah beransur baik
Temujanji Susulan
- Pastikan anda hadir untuk temujanji susulan bagi pemasangan tampalan kekal atau mahkota gigi
- Membiarkan gigi tanpa pembetulan akhir buat tempoh yang lama meningkatkan risiko gigi retak atau dijangkiti semula
Hubungi Kami Jika
- Kesakitan bertambah teruk dan bukannya reda selepas beberapa hari
- Bengkak yang ketara pada muka atau gusi
- Tampalan sementara tertanggal sebelum temujanji seterusnya
- Demam atau tanda-tanda jangkitan lain
Perlukan Bantuan? Hubungi Kami
Jika anda mengalami sebarang tanda amaran di atas, jangan tunggu - hubungi kami segera!
Ong Dental and Orthodontics Specialist Centre
5-7, Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Monday to Saturday 8.30am – 5pm
Sunday and Public Holidays Closed
Mobile/WhatsApp: 011-10802411
Ong Dental @ Canning
Pusat Perdagangan, 5, Jalan Pusat Perdagangan Canning 2, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Monday to Sunday 9am – 6pm
Public Holidays Closed
Tel/Whatsapp:
011-10883119