Panduan Penjagaan Selepas Rawatan Pesakit

Pilih rawatan anda di bawah untuk arahan pemulihan yang mudah diikuti

Pencabutan Gigi Bongsu

24 Jam Pertama

  • Gigit kain kasa selama 30-45 minit untuk menghentikan pendarahan
  • JANGAN berkumur, meludah atau menggunakan straw (boleh menyebabkan dry socket)
  • Kompres ais pada pipi, 15 minit buka/tutup untuk mengurangkan bengkak
  • Elakkan berus gigi berhampiran kawasan cabutan buat 24 jam pertama

Dari Hari Ke-2 

  • Berkumur air garam selepas makan
  • Makan makanan lembut sahaja
  • Elakkan makanan panas, pedas, keras atau rangup
  • Jangan merokok/minum alkohol

Ubat-ubatan

  • Ambil ubat sakit yang ditetapkan sebelum kesan bius tempatan hilang
  • Ambil semua ubat mengikut arahan

Beberapa Hari Pertama

  • Rasa sakit dan tidak selesa adalah normal semasa gigi anda menyesuaikan diri — ini biasanya reda dalam masa 3-5 hari
  • Makan makanan lembut sahaja (bubur, sup, kentang lecek, congee) buat beberapa hari pertama
  • Berkumur dengan air garam suam jika gusi anda terasa meradang

Penjagaan Harian

  • Berus gigi selepas setiap kali makan, terutamanya di sekitar braket dan dawai di mana makanan mudah terperangkap
  • Gunakan ubat kumur berfluorida untuk membantu melindungi daripada gigi berlubang semasa memakai pendakap gigi

Makanan Yang Perlu Dielakkan

  • Makanan keras
  • Makanan melekit
  • Makanan rangup
  • Makanan liat

Jika Sesuatu Terasa Tidak Kena

  • Dawai atau braket longgar yang mencucuk pipi anda: tutup dengan lilin ortodontik sehingga temujanji seterusnya
  • Dawai terasa terlalu panjang atau menyebabkan kesakitan: sila hubungi kami
  • Rasa sakit selepas pelarasan: ubat tahan sakit ringan (seperti Panadol) biasanya mencukupi

Hubungi Kami Jika

  • Braket atau band tertanggal sepenuhnya
  • Anda mengalami kesakitan yang teruk dan berterusan
  • Dawai menyebabkan kecederaan yang ketara pada pipi atau gusi yang tidak dapat diselesaikan dengan lilin

Cara Memakai Aligner Anda

  • Pakai aligner sekurang-kurangnya 20-22 jam sehari untuk hasil terbaik — tanggalkan hanya semasa makan, minum, atau menggosok/membersihkan gigi
  • Tukar ke set aligner seterusnya mengikut arahan doktor gigi anda
  • Sedikit tekanan atau rasa tidak selesa apabila mula memakai aligner baharu adalah perkara biasa — biasanya reda dalam 1-2 hari

Makan & Minum

  • Sentiasa tanggalkan aligner sebelum makan atau minum apa-apa selain air kosong
  • Elakkan membilas aligner dengan air panas kerana haba boleh menyebabkan plastik berubah bentuk

Membersihkan Aligner Anda

  • Bilas aligner setiap kali anda menanggalkannya
  • Berus dengan berlembut menggunakan berus gigi berbulu lembut (jangan guna ubat gigi kerana boleh mencalarkan plastik dan menyebabkan kotor/berubah warna)
  • Rendam dalam larutan pencuci aligner secara berkala
  • Jangan sesekali rendam dalam air panas atau biarkan terdedah kepada cahaya matahari

Menyimpan Aligner Anda

  • Sentiasa simpan aligner dalam bekasnya apabila tidak dipakai — elakkan membalut dengan tisu kerana ia mudah tertersilap buang
  • Jauhkan bekas daripada haiwan peliharaan dan kanak-kanak kecil

Hubungi Kami Jika

  • Aligner retak atau pecah
  • Anda kehilangan aligner dan tiada gantian
  • Anda mengalami kesakitan berterusan, bukan sekadar tekanan ringan
  • Aligner tidak lagi muat dengan betul atau terasa longgar

24-48 Jam Pertama

  • Rasa sakit atau sensitif di sekitar gigi yang dirawat adalah perkara biasa — terutamanya semasa menggigit. Ini biasanya reda dalam beberapa hari
  • Elakkan mengunyah menggunakan gigi yang dirawat sehingga tampalan kekal atau mahkota gigi dipasang
  • Gusi berhampiran kawasan yang dirawat mungkin sedikit bengkak — ini sepatutnya beransur baik dalam sehari dua

Makan & Minum

  • Kunyah di bahagian sebelah yang tidak dirawat dan makan makanan lembut sehingga kebas hilang sepenuhnya, bagi mengelakkan tergigit pipi atau lidah secara tidak sengaja
  • Elakkan makanan/minuman yang terlalu panas atau sejuk pada hari pertama atau kedua jika gigi terasa sensitif
  • Elakkan makanan keras atau melekit pada gigi yang dirawat sehingga mahkota atau tampalan kekal selesai dipasang

Penjagaan Harian

  • Berus dan bersihkan gigi seperti biasa, tetapi berlembutlah di sekitar gigi yang dirawat
  • Ambil ubat tahan sakit yang ditetapkan (contohnya Panadol) jika perlu
  • Habiskan sepenuhnya antibiotik yang diberikan, walaupun gejala sudah beransur baik

Temujanji Susulan

  • Pastikan anda hadir untuk temujanji susulan bagi pemasangan tampalan kekal atau mahkota gigi
  • Membiarkan gigi tanpa pembetulan akhir buat tempoh yang lama meningkatkan risiko gigi retak atau dijangkiti semula

Hubungi Kami Jika

  • Kesakitan bertambah teruk dan bukannya reda selepas beberapa hari
  • Bengkak yang ketara pada muka atau gusi
  • Tampalan sementara tertanggal sebelum temujanji seterusnya
  • Demam atau tanda-tanda jangkitan lain

Perlukan Bantuan? Hubungi Kami

Jika anda mengalami sebarang tanda amaran di atas, jangan tunggu - hubungi kami segera!

Ong Dental and Orthodontics Specialist Centre

5-7, Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Monday to Saturday 8.30am – 5pm
Sunday and Public Holidays Closed

Mobile/WhatsApp: 011-10802411

Ong Dental @ Canning

Pusat Perdagangan, 5, Jalan Pusat Perdagangan Canning 2, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Monday to Sunday 9am – 6pm
Public Holidays Closed

Tel/Whatsapp: 
011-10883119